Dalam kehidupan seharian kita dikelilingi dengan pelbagai produk berjenama. Jenama ini terkenal kerana ia diiklankan secara meluas atau kerana ia adalah pelopor bagi produk tersebut. Contohnya: "berikan saya kodak cap Fuji" - hakikatnya pembeli mahukan filem untuk kamera yang berjenama Fuji. Contoh lagi: "sedaplah maggi cap Indomie ni" - sebenarnya yang dimaksudkan sedap itu ialah mi segera cap Indomie.
Begitu juga halnya dengan ubat, ada banyak syarikat pengeluar ubat diserata dunia dan mereka mengeluarkan ubat yang sama tetapi dengan nama yang berbeza.
Contohnya: Panadol, Uphamol, Milidon dikeluarkan oleh syarikat yang berlainan, hakikatnya bahan kandungan dalam ketiga-tiga nama di atas adalah sama iaitu Paracetamol. Yang berbeza adalah dari segi kekuatan ubat itu Paracetamol 500mg atau 650mg, sudah tentu 650mg lebih kuat daripada 500mg.
Ini cuma salah satu contoh yang mudah, ada lebih 1001 macam ubat lagi yang seperti ini: bahan kandungannya sama tetapi nama yang diberikan oleh syarikat pengeluar berbeza.
Ubat sebelah kiri adalah Branded Medicine, sebelah kanan pula adalah Generic Medicine
Augmentin = Curam bahannya adalah kombinasi Amoxicillin + Clavulanate
Novasc = Vamlo bahannya adalah Amlodipine
Zantac = Histac bahannya adalah Ranitidine
Clarinase = Allerpid bahannya adalah kombinasi Loratadine + Pseudoephiderine sulphate
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah baca tulisan kecil pada paket ubat tersebut.
Zantac mengandungi bahan Ranitidine, kekuatan ubat sama ada 75mg, 150mg atau 300mg
Kebiasaannya Branded Medicine lebih mahal harganya berbanding dari Generic Medicine. Ada beberapa faktor antaranya
* Branded Medicine banyak membuat pelaburan ke atas pengiklanan supaya produknya dikenali
* Branded Medicine juga kebanyakannya adalah innovator bagi ubat tersebut, syarikat telah membelanjakan banyak wang untuk kajian & penyelidikan ubat ke atas pengguna
* Branded Medicine biasanya dipatenkan, selepas tempoh paten tamat barulah syarikat ubat lain boleh mengeluarkan ubat yang sama dan ubat keluarkan syarikat baru ini dikategorikan sebagai Generic Medicine
Branded atau Generic Medicine, mahal atau murah - pilihan ditangan anda sebagai pengguna :)