21 February 2011

Ubat Cacing

Bila kali terakhir anda atau anak anda makan ubat cacing? Ubat cacing boleh diambil setiap 6 bulan. Ada dalam bentuk cecair ataupun tablet telan atau kunyah pelbagai perisa seperti coklat, strawberi, pisang dan buah-buahan. Ikutlah cara dan aturan makan seperti yang dilabelkan pada ubat cacing yang anda beli. Biasanya ubat cacing mengandungi Albendazole ataupun Mebendazole sebagai bahan utamanya. Kedua-dua jenis ubat cacing ini mampu menghapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Albendazole bertindak menghalang penyerapan gula dan menyebabkan cacing-cacing tersebut kehilangan tenaga dan seterusnya mati.

Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan - mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Sistem imun kanak-kanak yang tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan cacing antara penyebab utama golongan ini mudah dijangkiti, tetapi jangkitan boleh berlaku pada golongan dewasa juga sekiranya kebersihan tidak diamalkan. Jangkitan cacing juga boleh diperolehi dari haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing dengan hanya menyentuhnya (jangkitan melalui kulit).

Tanda-tanda kecacingan:-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (
grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup.

Cara-cara mengelak jangkitan cacing

* Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan
* Cuci tangan selepas keluar tandas
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkiti
* Pakai kasut apabila keluar rumah
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah
* Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai
* Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda kecacingan yang serius
* Makan ubat cacing mengikut jadual tetap (setiap 6 bulan)
* Sekiranya salah seorang ahli keluarga telah dijangkiti, semua ahli keluarga harus mengambil ubat cacing juga.

Cara pengambilan Albendazole atau Mebendazole

Kanak-kanak 2 tahun ke atas sehingga orang dewasa - 1 dos
Kanak-kanak 1-2 tahun - 1/2 dos

* Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang sama sekali dari mengambil apa jua jenis ubat cacing !

Sumber
http://health.hpathy.com/worms-symptoms-treatment-cure.asp
http://www.ayushveda.com/healthcare/worms.htm

Borang Pesanan / Pertanyaan

Nama:
Email:
Alamat:
No.Telefon:
Penghantaran: Pos Laju
Pos Daftar
Nama Produk & Kuantiti:

form mail

Google Map

Loading...