05 December 2012

Anda dan Kadar Metabolisma

Kadar metabolisma (Metabolic Rate) ialah kadar keupayaan badan kita menukarkan makanan kepada tenaga atau istilah lain ialah kadar pembakaran kalori badan kita. Lebih tinggi kadar metabolisma lebih banyak sel badan kita menggunakan tenaga, lebih mudah untuk menurunkan berat badan.

Antara faktor yang mempengaruhi kadar metabolisma
1. Umur
2. Jantina
3. Hormon
4. Tabiat pemakanan & makanan
5. Aktiviti harian

1. Umur
Kanak-kanak mempunyai kadar metabolisma yang tinggi berbanding orang dewasa. Kadar metabolisma semakin menurun selari dengan peningkatan usia. Sebab itu apabila anda meningkat usia anda lebih mudah menjadi gemuk.

2. Jantina
Lelaki mempunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi daripada perempuan

3. Hormon
Ada beberapa jenis hormon yang mempengaruhi kadar metabolisma seperti hormon tumbesaran (HGH) & hormon tyrosine. Hormon tumbesaran hanya dihasilkan oleh badan kita sehingga umur sekitar 30-an. Kelenjar thyroid yang kuang aktif disebabkan oleh faktor keturunan, kekurangan nutrisi & pengambilan sesetengah jenis ubatan akan mengurangkan penghasilkan hormon thyrosine seterusnya merendahkan kadar metabolisma badan kita.

4. Tabiat pemakanan & makanan
Makan terlalu banyak pada setiap kali waktu makan akan memberi tekanan kepada hormon penghadaman dan menyebabkan setidakseimbangan hormon berlaku dan merendahkan kadar metabolisma. Makan tidak tentu masa juga boleh merendahkan kadar metabolisma. Makanlah mengikut jadual dengan kuantiti yang berpatutan untuk mengekalkan kadar metabolisma pada tahap yang tinggi sepanjang hari. Jenis makanan itu sendiri boleh menentukan kadar metabolisma.

Antara makanan yang boleh meningkat kadar metabolisma

5.Aktiviti Harian
Individu yang sentiasa aktif akan mempunyai kadar metabolisma yang tinggi berbanding individu yang tidak aktif. Pekerja ofis yang sentiasa bekerja dihadapan komputer dalam medium berhawa dingin mempunyai kadar metabolisma yang rendah jika dibandingkan dengan pekerja buruh.

Borang Pesanan / Pertanyaan

Nama:
Email:
Alamat:
No.Telefon:
Penghantaran: Pos Laju
Pos Daftar
Nama Produk & Kuantiti:

form mail

Google Map

Loading...