26 January 2011

Branded Medicine vs Generic Medicine

Dalam kehidupan seharian kita dikelilingi dengan pelbagai produk berjenama. Jenama ini terkenal kerana ia diiklankan secara meluas atau kerana ia adalah pelopor bagi produk tersebut. Contohnya: "berikan saya kodak cap Fuji" - hakikatnya pembeli mahukan filem untuk kamera yang berjenama Fuji. Contoh lagi: "sedaplah maggi cap Indomie ni" - sebenarnya yang dimaksudkan sedap itu ialah mi segera cap Indomie.

Begitu juga halnya dengan ubat, ada banyak syarikat pengeluar ubat diserata dunia dan mereka mengeluarkan ubat yang sama tetapi dengan nama yang berbeza.

Contohnya: Panadol, Uphamol, Milidon dikeluarkan oleh syarikat yang berlainan, hakikatnya bahan kandungan dalam ketiga-tiga nama di atas adalah sama iaitu Paracetamol. Yang berbeza adalah dari segi kekuatan ubat itu Paracetamol 500mg atau 650mg, sudah tentu 650mg lebih kuat daripada 500mg.

Ini cuma salah satu contoh yang mudah, ada lebih 1001 macam ubat lagi yang seperti ini: bahan kandungannya sama tetapi nama yang diberikan oleh syarikat pengeluar berbeza.

Ubat sebelah kiri adalah Branded Medicine, sebelah kanan pula adalah Generic Medicine
Augmentin = Curam bahannya adalah kombinasi Amoxicillin + Clavulanate
Novasc = Vamlo bahannya adalah Amlodipine
Zantac = Histac bahannya adalah Ranitidine
Clarinase = Allerpid bahannya adalah kombinasi Loratadine + Pseudoephiderine sulphate

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah baca tulisan kecil pada paket ubat tersebut.
Zantac mengandungi bahan Ranitidine, kekuatan ubat sama ada 75mg, 150mg atau 300mg
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/ubat/zantac_box.png?t=1296034817

Kebiasaannya Branded Medicine lebih mahal harganya berbanding dari Generic Medicine. Ada beberapa faktor antaranya
* Branded Medicine banyak membuat pelaburan ke atas pengiklanan supaya produknya dikenali
* Branded Medicine juga kebanyakannya adalah innovator bagi ubat tersebut, syarikat telah membelanjakan banyak wang untuk kajian & penyelidikan ubat ke atas pengguna
* Branded Medicine biasanya dipatenkan, selepas tempoh paten tamat barulah syarikat ubat lain boleh mengeluarkan ubat yang sama dan ubat keluarkan syarikat baru ini dikategorikan sebagai Generic Medicine

Branded atau Generic Medicine, mahal atau murah - pilihan ditangan anda sebagai pengguna :)

07 January 2011

Kolesterol & Kesihatan Jantung

Manual Profil Lipid dalam Darah

  • Total cholesterol < 150 mg/dl
  • Low-density lipoproteins (LDL) < 130 mg/dl
  • High-density lipoproteins (HDL) > 40 mg/dl
  • Nisbah LDL dibahagi dengan HDL – di antara 3 hingga 1 atau lebih rendah
  • Total triglycerides < 150 mg/dl

Kadar kolesterol LDL yang tinggi dalam darah boleh memberi risiko serangan jantung dan strok. Oleh itu menurunkan kadar kolesterol LDL dapat memberi kebaikan seperti berikut:

  • mengurangkan atau memberhentikan pembentukan plak kolesterol pada dinding arteri salur darah

  • mengurangkan pembentukan plak kolesterol pada dinding arteri akan meluaskan salur darah seterusnya melancarkan peredarannya

  • mengelakkan plak kolesterol daripada pecah yang boleh mengakibatkan terjadinya gumpalan dan menyumbat pembuluh darah

  • mengurangkan risiko serangan jantung & strok

Cara menurunkan kolesterol LDL secara semulajadi

  • Bersenam selama 30 minit setiap hari - dapatkan berat badan ideal
  • Tingkatkan pengambilan fiber dalam diet anda.
  • Ambil lelemak baik, tinggalkan lelemak jahat - Kurangkan pengambilan lemak haiwan, terutama lemak dari produk tenusu, amalkan penggunaan lemak tumbuhan seperti minyak zaitun dan minyak ikan sebagai sumber lemak dalam diet anda. Minyak ikan Omega 3 bertindak menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Makan banyak buah-buahan & sayuran. Phytonutrient & antioksida yang terkandung di dalam buah-buahan & sayur-sayuran berwarna telah terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol dan dapat melindungi kita dari penyakit jantung.
  • Ambil makanan tambahan (supplements) yang bagus untuk kesihatan jantung. Banyak kajian telah membuktikan minyak ikan omega 3 sangat berkesan untuk mengelakkan serta memulihkan penyakit dan masalah jantung tanpa kesan sampingan. Makanan tambahan lain seperti GTF chromium dan bawang putih juga boleh membantu.



  • More Info Buy Now



    More Info Buy Now

    Borang Pesanan / Pertanyaan

    Nama:
    Email:
    Alamat:
    No.Telefon:
    Penghantaran: Pos Laju
    Pos Daftar
    Nama Produk & Kuantiti:

    form mail

    Google Map

    Loading...