Prosper  Pharmacy telah dibuka pada Februari 2005 dan dirasmikan oleh Ybhg  Al-Fadhil Ustaz Hj. Ahmad Awang. Farmasi ini adalah milikan bersama Hj  Munawwar Hidayat Ahmad & Noor Esmawaty Hj. Mohd Yatim sebagai Ahli  Farmasi Berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia sejak tahun 2000 lagi.  Berkelulusan Sarjana Muda Pharmaceutical Science dari Universiti  Nagasaki, Jepun 1994-1998. Pernah berkhidmat di Georgetown Chemist Sdn  Bhd, Farmasi Sri Gombak dan Farmasi Materia Medica sebelum mengambil  keputusan untuk menjalankan perniagaan farmasi sendiri.
Farmasi Online adalah kedai farmasi maya kami yang mula beroperasi sejak September  2007. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan memandangkan lokasi kami  yang berdekatan dengan  Pejabat Pos menyokong serta memantapkan sistem penghantaran kami kepada  pelanggan-pelanggan di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak , Brunei  & Singapura. 
Terkini, Prosper Pharmacy sudah ditutup pada Ogos 2014, kami masih menjual produk kesihatan & kecantikan secara online di E-Farmasi. Anda juga boleh Like & Follow kami di Facebook Page Prosper Rx
Sebarang pertanyaan mengenai produk atau penghantaran sila ajukan kepada kami melalui email
myfarmasi@hotmail.com
Prosper Rx Trading
d/a 21 Jalan BRP 1/3,
Bukit Rahman Putra,
47000 Sungai Buloh,
Selangor
014 - 6665846 / 016 - 9732258
Sederet Pusat Rawatan Putra
 
