01 February 2011

Pil Perancang Keluarga

Penggunaan pil perancang keluarga adalah satu kaedah yang biasa di negara ini. Pelbagai jenis ada dijual di farmasi - Mercilon, Marvelon, Postinor, Yasmin, Nordette, Noriday dan lain-lain. Kali ini kita khususkan kepada Pil Perancang Keluarga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Bagi golongan ini hanya pil perancang kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill atau Progestin Only Pill) iaitu Pil Perancang yang mengandungi 1 jenis hormon Progestogen sahaja.

http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/ubat/noriday.jpg?t=1296623590

Mini Pill yang biasa digunakan ialah Noriday. Noriday mengandungi Norethisterone 350microgram bagi setiap biji. Norethisterone ialah Progestogen sintetik yang serupa dengan Progestogen yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan wanita.

Kenapa Noriday?
Noriday tidak mengurangkan/menjejaskan pengeluaran susu

Noriday (Norethisterone) menghalang kehamilan dengan 3 cara

1. Norethisterone meningkatkan ketebalan mucus (lendir) pada pangkal rahim yang boleh mencegah pergerakan sperma ke dalam rahim dan merendahkan kebarangkalian persenyawaan daripada berlaku

2. Norethisterone mengubah kualiti lapisan rahim (endometrium) dan mencegah telur yang berjaya disenyawakan daripada melekat pada dinding rahim

3. Norethisterone mencegah pembebasan telur dari ovari bagi sesetengah wanita yang menggunakan pil ini

Penggunaan Noriday (Norethisterone)
Noriday hendaklah diambil pada waktu yang sama setiap hari tanpa henti walaupun ketika kehadiran haid. Sekiranya terlupa, hendaklah diambil secepat mungkin dan pil seterusnya diambil pada waktu yang sama seperti sediakala.

Noriday boleh mula diambil pada hari pertama kitaran haid ataupun selewat-lewatnya pada hari ke-5 kitaran haid anda. Kebanyakan pakar perubatan bersetuju sekiranya Noriday diambil seawal 6 minggu selepas melahirkan. Walaubagaimanapun kaedah mencegah kehamilan yang lain juga harus dipertimbangkan kerana organ perkumuhan seperti hati dan buah pinggang bayi anda masih belum matang lagi dalam tempoh tersebut.

Keberkesanan Noriday terjejas sekiranya
1. Noriday dimakan bersama ubat antiepileptic seperti phenytoin, phenobarbital, carbamazepine
2. Noriday diambil bersama antibiotik tertentu seperti rifampicin, rifabutin
3. Noriday diambil bersama antibakterial griseofulvin
4. Noriday diambil bersama herba St John's Wort
5. terlewat lebih 3 jam daripada waktu biasa diambil
6. anda mengalami cirit-birit dalam masa 2 jam selepas makan pil ini

Kaedah pencegah kehamilan lain haruslah dipertimbangkan sekiranya berlaku mana-mana situasi di atas.

Dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan anda sebelum mula menggunakan Noriday.

Sumber
http://www.netdoctor.co.uk/medicines/100001870.html
http://www.contracept.org/breastfeeding.php
http://en.wikipedia.org/wiki/Progestogen-only_pill

Borang Pesanan / Pertanyaan

Nama:
Email:
Alamat:
No.Telefon:
Penghantaran: Pos Laju
Pos Daftar
Nama Produk & Kuantiti:

form mail

Google Map

Loading...